13 February 2011

PENCARIAN YANG DAH LAMA BERMULA BELUM SAMPAI PENGHUJUNGNYA....

Assalamualaikum diucapkan kepada para hadirin yang singgah berehat sebentar menjenguk blog yang tak seberapa ini.. hhhmmm....


Harini hari ahad pada kebiasaannya semua orang akan bangun tidur lewat kerana harini adalah hari ahad.. tapi saya tidak... saya bangun awal... sebab bini kerja shift pagi daaa.. hehehee.. dah hantar wife pergi kerja, terus balik rumah.. selalunya bila dah hantar, mesti pergi joging dekat RnR dengan tak lain tak bukan iaitu miz salina.. akan tetapi semalam dia hantar mesej kata harini dia nak cuti sebab ada kerja, so dengan rasminya saya pun bercuti daripada pergi joging pagi ni..


Jadi bila balik rumah, masuk bilik baring2 atas katil terus.. tapi x bole nak lelap mata.. lalu mata pun tertumpu pada laptop yang berada di sebelah katil yang dh lebih pada 48 jam on x off lagi.. hehehe... tu sebab download movie.. habis tu, tunggu apa lagi... terus bangun.. lalu macam biasa, search la forum2 yang dah lama tinggal.. sebab jarang online.. payah jugak nak search balik.. sebab dah x ada dalam bookmark... bila dah search, jumpa la 1,2 forum yang pernah baca dulu... best jugak... banyak info jugak dapat harini.. tapi masalahnya, harini baca, esok dah lupa... adessss... dah tua dah pakcik ni... cepat lupa..


Tapi walau macam mana pun, mulai harini insyaAllah akan terus selalu bersama dengan forum2 ni sebab banyak ilmu ble dapat.. dan macam2 bole bincang dalam forum ni... kalau ada kawan2 yang tahu forum apa yang menarik berada di pasaran sekarang ni, boleh lah sama2 kita share sebab sharing is caring.. lebih prefer forum about financial... politik malas sikit.. hehehehe..

11 February 2011

My New Day..


Hari ni 11 February 2011 aku dah berjaya create blog aku sendiri.. Selama ni asyik dok tengok blog orang lain saja.. Tapi hari dah berjaya pun.. Bukan susah nak buat rupanya.. Senang saja.. hehehehe....

Hari ni jugak hari kedua aku pasang streamyx dekat rumah.. speed not bad walaupun ambil yang murah saja.. Alhamdulillah... bole la nak buat kerja dekat rumah.. almaklum laa.. cari nafkahh.. hehehe... so lepas ni x payah la nak keluar online dkt TGI SUNDAY lg.. pekerja kat sana pun dh meluat tgk muka aku ni.. hari2 p.. order minum segelas, duduk smpai 4,5 jam.. hehehe..

So, SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua yang sudi visit ke blog yang x seberapa ni...kalau ada yang x kena or apa2 hal ja la, sudilah kiranya drop comment yang bernas lagi memberansangkan...

Semoga hari2 anda dilimpahi kurnia dan dipermudahkan segala urusan olehNYA... Aminnn..

Sekian.
..
 aku masa di autoCT

 aku masa aku kawen daaa..