24 July 2011

Trip to Salak Denai

Assalamualaikum.........

Alhamdulillah cheq dah selamat sampai rumah dan baru bagun tidur sebab sampai rumah tadi cheq terasa amatlah letih dan keletihan kepala otak yang teramat.. huhu.. tapi macam mana pun, cheq berasa amat puas sekali dengan trip yang cheq dengan member2 serta hot bini cheq arranged nie.. 

SALAK DENAI.. memang puas hati.. bertolak pada 23/7/2011 pukul 9 pagi.. dengan kekuatan 2 buah bijik kereta, seramai 7 orang anggota trip, kami tiba di destinasi lebih kurang pukul 11 pagi.. bila sampai saja dekat sana, mula2 kami teruja sangat tengok sungai dengan airnya yang jernih, nampak ikan, rasa sejuk saja.. tapi bila dah check in, kami masuk ke chalet, ya ALLAH... memang teruja sangat dengan keindahan swimming pool, hutan dan chalet yang kami tempah..



Jadi bermulalah segala aktiviti yang menyeronokkan seperti skuba diving dalam swimming pool, BBQ, makan2 masak2, mandi manda, sembang2, lepak2 dan sebagainya.. tak terungkap dengan kata2.. mungkin gambar yang cheq upload ni boleh menceritakan suasana kejadian...




Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang chalet ni, klik sini... cheq pun nak tumpang promote dalam blog ni jugak.. ble dapat pahala.. hehehehe.. anyway, cheq dah pun booking dorm dan chalet siti aminah 1 & 2 hb 10 ni.. nak bawak family plak.. mesti best..




Chowwww...

12 July 2011

Zaman Kegemilangan Kerja Dekat ECHO

Assalamualaikum..

Tahun 2005 adalah tahun amat bermakna buat cheq.. banyak kenangan yang tersemat dihati kalbu nurani cheq. Cerita dia lebih kurang macam nie la.. Mula2, cheq tak ingat bulan berapa cheq dapat kerja dekat Jabatan Perangkaan Pulau Pinang.. Pi la kerja dengan Abang cheq n Usop sontorian.. Nak tau kerja apa?. Tunggu sat..

Pernah tak hampa tengah duduk rilek dekat rumah, tiba2 ada orang bagi salam.. Lalu hampa pun pi la tengok sapa dia.. Lalu terpampang dekat pintu gate rumah ada 2,3 orang pakai bukan main punya hensem dengan tie semua.. haaaaaaaa.. Tu la kerja cheq..

Bukan salesman tau.. tapi tukang BANCI dari rumah ke rumah mengikut kawasan.. hehehehe.. Enjoy jugak la.. Macam2 dugaan.. Tapi tak lama keja situ sebab member cheq yang tak ketahuan hala sorang nie dah kol ajak pi intebiu dekat tempat kerja baru beliau..

MEMPERKENALKAN........ en FAREEZ NAHAR Member lama time skul. Jahat budak nie.. hahak..








Lalu kami bertiga pun pi la beradu nasib dekat tempat kerja baru beliau iaitu ECHO BROADBAND.. Sebuah company dari singapore yang Main Branch dia dekat Pulau Tikus, Penang. Branch dekat Damansara kot.. x penah pi lagi.. Dan akhirnya, Alhamdulillah semua dapat kerja.. Bes kerja dekat situ.. Environment ok, pekerja semua sporting.. 1 Malaysia.. Bos pun ok.. Banyak kenangan.. Kalau nak cerita pasai sorang2 punya perangai dengan sebut nama sorang2, cheq ingat sampai esok pun cheq tak habih tulis menaip lagi..

Mula2 masuk kerja, kena training dulu.. Kami guna software PNI 4.0. atau GIS ( Geography Information System ). Bes tak dak dah guna software tu. Ala2 software AUTOCad.. tapi banyak jugak beza... Time tu company tengah buat projek dari US.. Cablevision nama dia.. Jadi satu US punya tiang lampu, tiang letrik, cabel bawah tanah, cheq la yang lukis, tentukan dari mana hala tuju kemana dan lain2 la.... hehehe.. bangga diri sat.. 


Kemudian sampai tahun 2007, cheq pun resign atas sebab2 tertentu... sodakollahhulazimmmm.. Banyak benda yang cheq belajar.. time tu la cheq tau banyak jalan2 dekat Penang.. Walaupun duduk saja Penang, tapi tak tau jalan.. huhu.. sadis.. Time tu la cheq bercinta dengan marka cheq.. dah jadi hot bini dah pun.. Time tu la cheq jadi group leader membimbing anak2 buah yang baru masuk kerja, time tu la yang cheq mula belajar pakai kad kredit. sadisssssss.. Time tu la cheq shopping sakan, makan sakan, bergaya sakan sampai tak ingat dunia..

Mula2 masuk kerja, OT banyak bukan main.. ada 3 shift.. Elaun shift malam saja RM24 sehari.. Ada satu masa tu, geng2 cheq yang tentukan sapa kerja shift apa.. Satu bulan cheq bubuh cheq keja malam.. Dekat RM3000 gaji cheq bulan tu... huahuahua.. BERKUASA.. huhu..

Tapi semua tu tinggal kenangan yang tersemat kalbu di kepala otak cheq nie..  Harap sekalian blogger terhibur dengan cerita cheq yang tak berapa nak bes nie.. Sudi2 la follower komen dekat entry cheq.. walaupun follower baru 3 orang.. huhuhu... TQ.....

Chowwwww...


Percutian di Bukit Merah Laketown Resort

Assalamualaikum...

Seperti di entry cheq yang sebelum ini, (Tiket Free Bukit Merah Lake Town Resort), cheq telah berjaya memBERSIHkan diri cheq di Bukit Merah.. Ramai kami pi mandi manada.. Happening sangat.. 3 biji kereta kami pi.. semuanya sepupu sepapat, anak2 menakan, abang ipar dan kakak kepada hot wife cheq..

Lebih kurang pukul 8:30am kami bertolak dari rumah.. eksited tahap swimming pool punya la awal betolak.. sejurus tiba di tempat kejadian lebih kurang pukl 9 lebih, nak masuk tak boleh pulak.. sebab buka pukul 10am.. mau tak boleh masuk.. 

Tapi tak apa.. mulanya rancang nak keluar awal (pukul 7:00am) sebab takut pada jem roadblock.. kan tengah panas isu BERSIH... Tapi sebab pagi tu semuanya bz memasak lauk pauk, juadah2 berbuka, so lambat sikit keluarnya.. 

Overall, best jugak la beriadah kat sana bersama family... lepas jugak hajat nak swimming sampai jadi hitam macam arang... huhuu.. Tapi walau bagaimanapun, pihak yang berkenaan kenalah upgrade Bukit Merah tersebut supaya nampak pembaharuan yang lebih drastik dan ummphhhh.. sebab tiap2 kali cheq pi sana, dok macam tu ja tak berubah.. ini adalah nasihat daripada pakar.. sila amik pot.. huhuhu..

Sila enjoykan diri dengan menonton atau melihat gambar yang cheq attachkan..

 mengontrol keayuan yang terserlah setelah klimaks mandi manda..

 remote kunci keta rosak sebab eksited sangat terjun kolam dengan remote dalam poket... :pp

saja buat muka... hehehehe...

Sekian.. Chowwwwww.....

p/s : macam  biasa la.. promosi velog kawan2...


My Happy Birthday..

Assalamualaikum....

Kelmarin, bersamaan dengan 11 Julai 2011 bersamaan dengan 9 Syaaban, maka genaplah 27 tahun umur cheq..  Alhamduulillah dengan segala Kurnia dari ALLAH yang maha besar, cheq masih lagi bernyawa dimuka bumi yang fana ini..

Punyalah ramai kemain yang wish birthday cheq dekat facebook kemarin... terharu pon ada.. hehehehe.. sadis sat 5 min.. paling cheq tak tahan cheq kena SURPRISE BIRTHDAY PARTY dengan hot bini cheq dan kawan2 malam hari ahad baru ni..

Kata bini cheq :-

-- "sayang, cu'e ajak jumpa pkl 9 satgi"
++"yaka.. jom la dah la semalam tak jadi jumpa depa"
--"sayang pi mandi cepat"
++"depa nak jumpa dekat mana?"
--"dekat RnR bagan ajam"
++"ooo.. ok.. sat orang pebetui kunci kereta sat"(masuk ayaq, eksited terjun kolam bukit merah)
--"ok"

Jadi, macam tu la cheq dok kena bohong dengan hot bini cheq.. bila sampai ja dekat sana, cheq pun cari la port pondok baik pnya tepi pantai.. tunggu punya tunggu, sekali terkejut hamba Allah yang paling eksited dok surprise orang dimuka bumi tiap kali birthday kawan2, bawak kek siap dengan lilin skali..

Baru cheq tau macam mana kena surprise.. best jugak.. terharu pun ada.. sebab cheq tak mengharap apa pun sebenarnya.. bagi cheq, tak payah party2 pun tak apa.. sebab dah biasa dah..

gedix sat

Tapi credit to hot bini cheq, salina, basir dan wife.. terima kasih banyak2 sebab sudi berkelakuan sedemikian rupa.. tahun depan buat lagi naa.. kali ni bawak present sekali banyak2.. huhuhu.. tak pun, topi birthday ka, topeng muka ka, hahahak..

Jadi harini, sama2 la kita wish HAPPY BIRTHDAY dekat hot MAMA cheq pulak.. Birthday kami selang sehari ja.. 11 & 12 hb.. SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN MAK.. SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAH KAN REZEKI SERTA SIHAT SEJAHTERA HENDAKNYA... AMINNNN..

Ops.. kemarin pun birthday abang cheq jugak naa ( nurhanif mas ) dah nama pun kembaq... kepada yang belum wish tu, wish cepat2 naaa.. hehehehe..

Chowwww....

oops.. kat bawah nie ada link promosi belog kawan2.. ( walaupun cuma ada 3 follower jaa... )

07 July 2011

Tiket Free Bukit Merah Lake Town Resort

Assalamualaikum..

Pada petang yang murni nie, cheq dah tak tau nak buat apa dah.. bkn nak tolong bini juruih pokok bunga ka apa ka.. lalu cheq pn buka la lappy cheq yang dah lama tapi masih berjasa dan dijaga rapi sekian hari nie nak update la entri cheq yang tak seberapa nie..

Seperti diketahui umum.. baru2 ini Metro ada melakukan promosi dengan mengumpulkan keratan kepala Harian Metro dari 13 Jun - 26 Jun 2011, anda layak menukar kepada 2 keping tiket atau pas masuk. yeaaaaa..

ihsan google

Lalu pada 04 Julai lalu, cheq berpakat dengan hot bini cheq nak pi la beratur dekat NSTP Perai untuk tujuan yang suci lagi murni nak redeem tiket tu.. Kami bawa 3 set keratan kepala harian metro untuk diredeem.. 2 set kami pnya.. dan lagi 1 set adik ipaq cheq yang punya.. Jadi, bila tukar 3 set, dapat la 6 keping tiket..

Bajet bangun awal pagi tu.. Memang awal pun.. Maka pada pukul 630am, keluarlah kami berdua menaiki kereta VIVA la loka kepunyaan hot wife cheq.. Bila sampai ja dekat NSTP tu, kosong ja.. tak ada sapa pun.. lalu cheq tanya dekat hot wife cheq :-

    ++"betoi ka haqhini yang nak redeem tu?. Tak dak sapa pun"
          --"betoi la.. confirm betoi"
    ++"ish. try check tengok date dia"
          --"betoi sayang.. orang tak tipu"
    ++"tak pa2.. kita tanya pak gad."

Lalu kami pun berhenti dekat pos pak gad.

    ++"Assalamualaikum pak cik.. Nak tanya sikit, Betoi ka haqhini yang depa buat redeem tiket tu?"
          =="Waalaikumsalam. betoi la."
    ++"Ooo.. Yaka.. Tak dak sapa pun"
          =="Hampa mai awai sangat. lani baru pukoi tujoh. Dia start pukoi sembilan."
    ++"Ooo. Ingat orang ramai.. Bajet mai awai la nak beratoq.. hehehe.."
          == Xpa la.. hampa pi la makan dulu.. Pukoi sembilan satgi hampa mai lain.."
    ++"Ok2.. terima kasih pakcik. Kem salam dekat anak pakcik yang lawa2 saja." kuikui..



Lalu kami pun pi la ronda2 sekitar kawasan Perai untuk mencari kedai makanan dan minuman. Bila dah setle makan dan minuman, kami pun bergegas dengan kadar segera sebab takut Q panjang berjela.. Akan tetapi sesudah kami sampai ja, tak la berapa ramai sangat.. keadaan masih terkawal dengan nisbah kira-kira 30:3.
iaitu mengikut perkiraan matematik cheq, dalam 30 orang Q, 3 orang rela dok jaga kawasan.. Nasib baik depa jaga dapat elaun.. hehehe..

Bila dah pukul 9 lebih sikit, maka sorang pekerja NSTP yang ble tahan jugak ensem mai buat announcement pasai nak redeem tiket tu.. Bila ble redeem, keadaan pun terkawal jugak dan cheq berjaya redeem 3 set.. Nak dijadikan cerita cheq tak cukup sekeping keratan 20hb Jun kot. Tapi kehenseman cheq menyebabkan sorang kakak tu sedekah keratan tu dekat cheq. sebab dia ada lebih.. Kredit to kakak.. 

InsyaAllah Ahad ni 10 Julai 2011 cheq dah pakat dengan hot bini cheq nak bawak adik2 ipaq cheq pi berkelah dekat Bukit Merah.. Tungguuuuuuuuuuuuu..

dah banyak merepek dah ni.. TQ.. 

Chowwww...


KEBERSIHAN 2.0

Assalamualaikum..

gambar ihsan google

Sekarang ini negara kita digemparkan dengan kejadian BERSIH 2.0 yang cheq tak berapa tahu dan tak amik pot sangat tentang hal2 politik yang telah menggegarkan bumi pada skala ricter 18 ratus per seratus. Kumpulan ini dikatakan menuntut beberapa hak mereka atau dikatakan menuntut cadangan yang dihantar kepada pihak SPR untuk diteliti dan dilakukan perubahan  

Lalu mereka pun merancang mengadakan tunjuk perasaan kot pada 9hb julai ini di kuala lumpur.. Cheq x berapa nak sure sangat lokasi kejadian dekat mana sebab cheq kan tak suka amik pot sangat.. 

Perkara ini telah berlarutan dengan begitu teruk sekali sehingga mendapat tentangan daripada pihak kerajaan.. Ramai yang telah tertangkap ketika ingin cuba mengedar baju secara percuma, x bagi dekat cheq pun??//=+- membuat iklan2 dan lain-lain. 

Nasib baik la orang yang tengah bersih laman ka, bersih kereta ka, bersih dapur ka, pakai baju BERSiH yang baru dicuci dalam mesin pencuci ka, tak kena tangkap.. Kalau tak, tak tau la populasi di bumi malaysia ini dah tinggal berapa orang??...

Lalu mereka ini telah memaksa dan telah mendapat titah Agung bahawa perhimpunan yang bakal diadakan pada tarikh yang telah tercatat diatas tadi, kalau tak percaya, baca balik!!!!! boleh dilakukan. Tetapi dengan syarat, kena mai jumpa dengan cheq dulu.. eh2... bukannn.. 

++ perlu dilakukan secara aman..
++ tidak boleh diadakan dijalanan seperti yang digembar - gemburkan..
++ perlu diadakan didalam stadium..
++ dan lain2..

Jadi kepada sesiapa yang berkenaan, sila standby dengan bekalan2 yang mencukupi.. kerahkan segala tenaga dan keringat yang ada.. jangan lupa datang awal di tempatkan kejadian.. make sure check keadaan payung, meja, balang air, kuali dan lain2.. dapatkan bekalan stok2 bahan mentah awal2.. taklut nanti last minit x da stock.. sapa yang susah, cheq jugak yang susah.. 

Kita gegar stadium dengan makanan2 dan minuman2 yang berlambak2 disediakan khas untuk mereka.. sediakan duit syiling atau duit kecil degan secukupnya.. hehehehe.. time2 ni la nak pikiaq bisnes pun.. laku kot time tu.. kepada fanatik2, jangan maree..

Jadi kesimpulannya dekat sini, cheq nak habaq mai, hampa pi la berkempen ka, berreformasi ka, yang cheq tau, cheq macam ni jugak.. hhmmm

Jangan lupa 09 JULAI 2011 ini.. pakat ramai2 berkumpul dekat stadium.. tak kisahlah staduim mana pn hampa nak pi, yang cheq tau, cheq nak pi pantai BERSIH ja.. sebab depan rumah cheq ja kot.. sep minyak.. :p

Choww....


@dik_@pitm@s: Riadah & Release Tension

@dik_@pitm@s: Riadah & Release Tension