07 July 2011

Tiket Free Bukit Merah Lake Town Resort

Assalamualaikum..

Pada petang yang murni nie, cheq dah tak tau nak buat apa dah.. bkn nak tolong bini juruih pokok bunga ka apa ka.. lalu cheq pn buka la lappy cheq yang dah lama tapi masih berjasa dan dijaga rapi sekian hari nie nak update la entri cheq yang tak seberapa nie..

Seperti diketahui umum.. baru2 ini Metro ada melakukan promosi dengan mengumpulkan keratan kepala Harian Metro dari 13 Jun - 26 Jun 2011, anda layak menukar kepada 2 keping tiket atau pas masuk. yeaaaaa..

ihsan google

Lalu pada 04 Julai lalu, cheq berpakat dengan hot bini cheq nak pi la beratur dekat NSTP Perai untuk tujuan yang suci lagi murni nak redeem tiket tu.. Kami bawa 3 set keratan kepala harian metro untuk diredeem.. 2 set kami pnya.. dan lagi 1 set adik ipaq cheq yang punya.. Jadi, bila tukar 3 set, dapat la 6 keping tiket..

Bajet bangun awal pagi tu.. Memang awal pun.. Maka pada pukul 630am, keluarlah kami berdua menaiki kereta VIVA la loka kepunyaan hot wife cheq.. Bila sampai ja dekat NSTP tu, kosong ja.. tak ada sapa pun.. lalu cheq tanya dekat hot wife cheq :-

    ++"betoi ka haqhini yang nak redeem tu?. Tak dak sapa pun"
          --"betoi la.. confirm betoi"
    ++"ish. try check tengok date dia"
          --"betoi sayang.. orang tak tipu"
    ++"tak pa2.. kita tanya pak gad."

Lalu kami pun berhenti dekat pos pak gad.

    ++"Assalamualaikum pak cik.. Nak tanya sikit, Betoi ka haqhini yang depa buat redeem tiket tu?"
          =="Waalaikumsalam. betoi la."
    ++"Ooo.. Yaka.. Tak dak sapa pun"
          =="Hampa mai awai sangat. lani baru pukoi tujoh. Dia start pukoi sembilan."
    ++"Ooo. Ingat orang ramai.. Bajet mai awai la nak beratoq.. hehehe.."
          == Xpa la.. hampa pi la makan dulu.. Pukoi sembilan satgi hampa mai lain.."
    ++"Ok2.. terima kasih pakcik. Kem salam dekat anak pakcik yang lawa2 saja." kuikui..



Lalu kami pun pi la ronda2 sekitar kawasan Perai untuk mencari kedai makanan dan minuman. Bila dah setle makan dan minuman, kami pun bergegas dengan kadar segera sebab takut Q panjang berjela.. Akan tetapi sesudah kami sampai ja, tak la berapa ramai sangat.. keadaan masih terkawal dengan nisbah kira-kira 30:3.
iaitu mengikut perkiraan matematik cheq, dalam 30 orang Q, 3 orang rela dok jaga kawasan.. Nasib baik depa jaga dapat elaun.. hehehe..

Bila dah pukul 9 lebih sikit, maka sorang pekerja NSTP yang ble tahan jugak ensem mai buat announcement pasai nak redeem tiket tu.. Bila ble redeem, keadaan pun terkawal jugak dan cheq berjaya redeem 3 set.. Nak dijadikan cerita cheq tak cukup sekeping keratan 20hb Jun kot. Tapi kehenseman cheq menyebabkan sorang kakak tu sedekah keratan tu dekat cheq. sebab dia ada lebih.. Kredit to kakak.. 

InsyaAllah Ahad ni 10 Julai 2011 cheq dah pakat dengan hot bini cheq nak bawak adik2 ipaq cheq pi berkelah dekat Bukit Merah.. Tungguuuuuuuuuuuuu..

dah banyak merepek dah ni.. TQ.. 

Chowwww...


No comments:

Post a Comment