07 July 2011

KEBERSIHAN 2.0

Assalamualaikum..

gambar ihsan google

Sekarang ini negara kita digemparkan dengan kejadian BERSIH 2.0 yang cheq tak berapa tahu dan tak amik pot sangat tentang hal2 politik yang telah menggegarkan bumi pada skala ricter 18 ratus per seratus. Kumpulan ini dikatakan menuntut beberapa hak mereka atau dikatakan menuntut cadangan yang dihantar kepada pihak SPR untuk diteliti dan dilakukan perubahan  

Lalu mereka pun merancang mengadakan tunjuk perasaan kot pada 9hb julai ini di kuala lumpur.. Cheq x berapa nak sure sangat lokasi kejadian dekat mana sebab cheq kan tak suka amik pot sangat.. 

Perkara ini telah berlarutan dengan begitu teruk sekali sehingga mendapat tentangan daripada pihak kerajaan.. Ramai yang telah tertangkap ketika ingin cuba mengedar baju secara percuma, x bagi dekat cheq pun??//=+- membuat iklan2 dan lain-lain. 

Nasib baik la orang yang tengah bersih laman ka, bersih kereta ka, bersih dapur ka, pakai baju BERSiH yang baru dicuci dalam mesin pencuci ka, tak kena tangkap.. Kalau tak, tak tau la populasi di bumi malaysia ini dah tinggal berapa orang??...

Lalu mereka ini telah memaksa dan telah mendapat titah Agung bahawa perhimpunan yang bakal diadakan pada tarikh yang telah tercatat diatas tadi, kalau tak percaya, baca balik!!!!! boleh dilakukan. Tetapi dengan syarat, kena mai jumpa dengan cheq dulu.. eh2... bukannn.. 

++ perlu dilakukan secara aman..
++ tidak boleh diadakan dijalanan seperti yang digembar - gemburkan..
++ perlu diadakan didalam stadium..
++ dan lain2..

Jadi kepada sesiapa yang berkenaan, sila standby dengan bekalan2 yang mencukupi.. kerahkan segala tenaga dan keringat yang ada.. jangan lupa datang awal di tempatkan kejadian.. make sure check keadaan payung, meja, balang air, kuali dan lain2.. dapatkan bekalan stok2 bahan mentah awal2.. taklut nanti last minit x da stock.. sapa yang susah, cheq jugak yang susah.. 

Kita gegar stadium dengan makanan2 dan minuman2 yang berlambak2 disediakan khas untuk mereka.. sediakan duit syiling atau duit kecil degan secukupnya.. hehehehe.. time2 ni la nak pikiaq bisnes pun.. laku kot time tu.. kepada fanatik2, jangan maree..

Jadi kesimpulannya dekat sini, cheq nak habaq mai, hampa pi la berkempen ka, berreformasi ka, yang cheq tau, cheq macam ni jugak.. hhmmm

Jangan lupa 09 JULAI 2011 ini.. pakat ramai2 berkumpul dekat stadium.. tak kisahlah staduim mana pn hampa nak pi, yang cheq tau, cheq nak pi pantai BERSIH ja.. sebab depan rumah cheq ja kot.. sep minyak.. :p

Choww....


No comments:

Post a Comment